Karnival Hari Terbuka Smk Matang Jaya

15 September 2019 | Aktiviti Terkini

Sabtu – 14 September 2019 Pusat Internet PPR Taman Malihah telah dijemput untuk satu program Karnival Hari Terbuka di SMK Matang Jaya bermula jam 7 pagi hingga 1 petang. Karnival ini adalah anjuran sepenuhnya daripada pihak sekolah untuk melancarkan Alumuni Anak-Anak SMK Matang Jaya 2005 - 2019. Karnival ini telah dirasmikan oleh YB Fazzrudin Abdul Rahman, N6 Tupong. Program ini juga kerjasama dan telah dibantu oleh pihak PI PPR Taman Dahlia.
Antara aktiviti sekolah adalah:
- Pertandingan Futsal
- Pertandingan Bola Jaring
- Pertandingan DodgeBall
- Pertandingan MJ Got Talent (MGT)
- Pertandingan Dandanan dan Solekan
- Pertandingan Gubahan Bunga
- Pameran Drone
- Pertandingan Mobile Gaming: PUBG, Mobile Legend, dan BayBlade
- Pelancaran Bacaton PIBG
- Pameran haiwan eksotik
- Pameran kuda
- Pameran motosikal besar (big bikes)
- Jualan food truck
- Pertandingan Kabaddi Terbuka Sarawak, dan banyak lagi.
Pihak PI telah membuka 'booth' untuk warga sekolah berkunjung bagi memeriahkan lagi program tersebut. Antara aktiviti PI telah jalankan adalah seperti:
- Kuiz Kahoot
- Crossword puzzle KDB
- Aktiviti mewarna
- Kempen e-waste
- Promosi Mytv
- Promosi E-class Maxis
- Kesedaran Klik Dengan Bijak
Kami akan membantu anda untuk menggunakan internet dengan sebaik mungkin, dengan langkah-langkah yang boleh memperkayakan kehidupan anda, keluarga serta rakan-rakan anda.
Program ini telah dilaksanakan dengan jayanya atas kerjasama warga SMK Matang Jaya yang sangat hebat. Semoga beroleh kejayaan nanti! Terima kasih sekali lagi kerana sudi menjemput pihak kami dalam program kali ini.

_"The Power of Networking Always Don't Talk To Strangers_"

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali